BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 29 November 2009

Adab-Adab Pergaulan..

Dalam melengkapkan blog ini, saya ada juga selitkan istilah cinta&couple erm.. Disamping itu ingin juga saya selitkan adab-adab pergaulan di dalam Islam insya-Allah kita dapat renungkan dan ambil ikhtibar bersama..


Marilah kita renungkan adab-adab pergaulan berikut:.
(Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali)

Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

1-Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan.
Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri.
Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri.
Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.
2-Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana.
Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain.
Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.
3- Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib.
Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya.
Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.
4-Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.
5- Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu.
Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu.
6-Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
7-Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

moga-moga adab pergaulan itu dapat kita jadikan panduan dalam merentasi arus pemodenan..

insya-Allah,..wallahu'alam

sekian buat kali ini,
syukran..wabillah..
wassalam..

Sajak Khas Buat Teman-teman Seperjuangan



Sedarlah Pemuda Pemudi Islam

Wahai pemuda pemudi Islam,
Bangkitlah dari tidurmu,
Sedarlah dari mimpi yang
menghanyutkan,
Bersiaplah kerana ada cabaran hebat
akan mendatang

Ketahuilah,
Dunia sekarang mengharapkanmu,
Islam meletakkan padamu satu amanah,
Ketika saat umat dalam kelemahan,
Justeru itu bangunlah,
Wahai pemuda pemudi Islam.

Carilah identiti dirimu yang sebenar,
Sebagai remaja Islam,
Berbanggalah kerana engkau seorang
muslim,
Miskipun sering diserang pemikiran Barat
dan Yahudi,

Namun beristiqamahlah,
Teguhkanlah pendirianmu,
Janganlah langkahmu berundur
walaupun setapak.

Wahai pemuda Islam,
Berjuanglah,
Sebagai pemuda gagah berani,
Tetap utuh disaf pertama dimedan
perjuangan,
Rela dirinya dikorbankan demi jihad
fisabilillah.

Wahai srikandi Islam,
Ketahuilah,
Dirimu umpama peniup semangat,
Dalam sebuah perjuangan,
Miskipun dalam kelembutan,
Engkau mampu memberi fikiran yang
tajam.

Kerana itu, dirimu amat bernilai disisi
Islam.

By srikandi
(sweet Islamic lady)

Pertengahan@Dipersimpangan Jalan

ermmm..Assalamu'alaikum..w.b.t.

Jumpa lagi ya?? erm..

Pertengahan @ Dipersimpangan Jalan ini sebenarnya membawa maksud kemana akan dibawa rasa cinta itu..
Saya paling suka bercerita mengenai hal ini kerana dalam kisah ini akan ada diceritakan mengenai 'couple'.. dan saya sangat pasti ia akan jadi sangat menarik..

erm...

baiklah.. firstly saya nak tanya para pembaca "adakah cinta wujud didalamnya istilah couple?" pada saya couple tu maksudnya pasangan tetapi dalam istilah ini mungkin pasangan couple..

Sebenarnya dalam membuktikan rasa cinta kepada seseorang insan kepada insan yang lain jalan penyelesaiannya bukanlah couple tetapi lebih baik dengan meluahkan rasa cinta itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan biarkan masa menentukan sama ada jodoh kalian dengan si dia atau pun tidak.. tidak perlu ada couple-couple atau orang muda suka kata "teman tapi mesra".. Sebenarnya perkara ini sangat melemahkan kita apatah lagi golongan adam yang sentiasa bernafsu pada kaum hawa..

Kaum hawa sekarang bukan calang-calang orang seperti zaman dahulu..
Pakaian ketat lagi sendat menjadi pilihan atau pun pakai tudung singkat baju singkat sampai menampakkan lurah atau lebih senang dipanggil nampakkan pangkal buah dada..maaflah kalau bahasa yang saya gunakan terlalu berterus terang atau bahasa mudah 'kasar'..

Tidak tahukah akibatnya perkara ini??? Rogol dan seumpanya itu datangnya dari perkara inilah tetapi kenapa kaum hawa masih menyalahkan kaum adam mengenai perihal ini?? Satu pertanyaan yang entah bila akan dapat jawapannya..

Saya petik petikan dibawah ini dari seorang sahabat difriendster..

"nie klu nk kte wabak bleh jgak ah sbb hampir sume org wat..
x kire sesame islam atau x..
wabak nie dipanggil WABAK BERKAPEL..
sume org wat kn??
adakah ia keperluan atau kemahuan dgn usia yg begini muda??


saudara seislamku,,
tidakkah kamu tahu diakhirat nnt Allah akn bertanya.

"Wahai fulan bin/ binti fulan,. kemanakah masa mudamu engkau habiskan??"

p/s : had mse muda bkan smpai umo 25 taon.. tp smpai umo 40 taon.. lpas 40 taon dikira tua.. ada pham?

adakah kita mahu jawapan kita begini..
"Ya Rabb, aku menghabiskan masa mudaku dgn sibuk mencari teman untuk berkapel, dh setelah aku dpat aku leka dengannya. Aku dekat dgannya tetapi aku jauh drpada-Mu Ya Rabb..

p/s : (lebih kurang laa, x kte 100% betol)

jd,sedarlah saudara seislamku..
aku juga pernah mempunyai keinginan sebegitu.
dn aku tahu ia sungguh kuat menggenggam hati yg lemah ini..
dn aku tahu, bkn mudah nk melepaskan dr genggaman itu,,
marilah kita dekatkn diri kepada Pencipta kita..

carilah dan cintailah Dia..
sesungguhnya cinta kepada-Nya yg kekal abadi..
bagaimana?
selalu lah dikau solat subuh berjemaah,..
dan selalulah dikau bgun diwaktu semua org nyenyak tdo,
menghambakan diri dlam kegelapan malam,
menangis mengenangkn dosa2,
jgn menangis kerana kehilangan seorg manusia yg kononnya bertakhta dihati,..

lepaskan lah ia sebelum ia menjadi penyakit,
penyakit yg terlalu sukar hendak sembuh..
lawan lah nafsumu yg mendorongmu melakukan kemungkaran,
fikirlah sebelum melakukan apa2 tindakan..
jgn kelak kita menyesal dihari kemudian..
semoga nama kita tertulis di pintu2 syurga..

p/s : aku tidak hanya berpesan kepada yg berkapel shaja, tp kepada sesiapa pn termasoklah yg ade niat sekalipn.. yg xdek niat tu amik sebagai nasihat.. k??

*maaflah, tp dgn cara nie jer aku bleh tegur korg sekaligus.. klu nk tegur sorg2 maunye smpai mati pn x selesai..so, it's up to u nk ikut ker x nk.. janji aku dh tegur. x nk ikut jgk jwabla sndr dgn Allah.. jgn berani sebut aku x tegur k??



(mle ngat nk wat pendek jer, sekali dh membebel pnjg sgt daaa~ .. tp ok ah kn??)

ibtasim daiman, ittaqillah walau haisuma kunta,barakallahu fik, hafizi nafsik, uhibbuka/ uhibbuki fillah,..ilalliqa'..

*senyum selalu, bertaqwalah kepada Allah walau apa jua keadaan,sye syg kamu lelaki/ perempuan kerana Allah.."

Cinta sepatutnya seperti dalam lirik ini,

cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

lihatlah, dalam lirik ini pun ada menegaskan bahawa jika kita ingin mencintai sesama insan suburkan ia dengan ketakwaan..

Ada fakta yang mengatakan harus atau wajib couple?? Sekiranya ada, mari kita berdebat mengenainya..

sekian untuk kali ini,
syukran..wabillah
wassalam..

Sabtu, 28 November 2009

Bermulanya Sebuah Perjalanan

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah.. dapat juga kita bertemu kembali dengan izin-Nya..

Sebetulnya perjalanan yang saya maksudkan disini adalah Perjalanan Kehidupan yang lebih tepatnya..

Hurm...
Baiklah, Perjalanan kehidupan indahnya sekiranya dicintai oleh seseorng insan bernama kekasih.. Termaktub pula dalam lirik ini,

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih


dinyanyikan oleh kumpulan UNIC,
indah bait2 lirik lagu ini.., apatah lagi mengalaminya sendiri betul tak??..heheh
sedangkan saya sendiri terlalu asyik diusik rindu yang berpanjangan merasai sendiri
makna percintaan tapi saya tidak lupa bahawa ia sebenarnya adalah satu mainan kehidupan..

Ia boleh jadi mimpi ngeri boleh jadi sebagai mimpi indah,
tapi sebetulnya kita cumalah manusia yang lemah, mencintai, dicintai, merindui,dirindui semuanya adalah fitrah yang kita harus lalui dalam melengkapkan kehidupan ini..

Tapi jangan salah faham pula makna cinta, cinta bukanlah perkara yang boleh diguanaknn sebagai mainan barang murah yang boleh dijual beli. Cinta juga bukanlah tiket untuk bersuka ria, melakukan sumbang, zina dan seumpanya bak kata orang muda sekarang ''yang ringan-ringan''..

Cinta adalah suci, perasaan yang luhur lahir dari sudut hati yang paling dalam.. Seandai kamu cinta pada seseorang insan itu, cintalah dia sepenuh hatimu, cintalah dia adanya dia, cintalah dia kerana dirinya, bukan cinta kerana harta, bukan cinta kerana parasnya, bukan cinta kerana dunia..

Sebaiknya selamilah makana cinta, cinta itu murni sungguh indah andai merasainya
jangan sesekali menderhakai cinta.., sungguh perit tak terkata rasanya seperti dalam lirik ini,

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Demi Cinta Suci, UNIC.., ermm.. dalam lirik ini pun ada menggambarkan betapa sakitnya apabila dikianati cinta..

Jadi, tolonglah mendalami erti cinta itu dahulu jangan menyakiti hati insan yang tidak berdosa.. Sebolehnya niatlah cintamu itu Cinta Kerana Allah insya-Allah segala urusan percintaanmu itu akan lebih mudah dan lancar perjalanannya..mudah-mudahan.. wallahu'alam..

~syukran..wabillah~
wassalam..

Permulaan Sebuah Perjalanan (intro)

Assalamu'alaikum w.b.t / Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya dapat saya siapkan blog ini dengan jayanya..

Owh ye, saya masih baru dan sangat memerlukan tunjuk ajar dan juga dorongan daripada pembaca semua untuk membetulkan apa yang salah dan menyalahkan apa yang memang salah.

Saya harap mukadiamah saya yg pertama ini iaitu 'permulaan Sebuah Perjalanan' dapat kita kongsikan bersama-sama baik buruknya perjalanan ini kerana perjalanannya baru hendak bermuala..insya-Allah..wallahu'alam..

~syukran wabillah~